Saturday, 20 April 2013

PROGRAM PERPADUAN MENJANA KEKUATAN



19/04/2013 Parit Samsu , Muar – Satu program bersama penduduk tempatan bersama Y.B Dato’ Razali Haji Ibrahim calon Parlimen Muar diadakan sempena  pilihan raya ke-13. Majlis yang diadakan bersama pengundi Parit Samsu, Parit Pinang Seribu dan Parit kasim  mendapat sambutan yang luar biasa dan ini membuktikan kesetian penduduk setempat terhadap Barisan Nasional  yang banyak menyumbang dalam pembangunan dan kebajikan penduduk setempat. Acara yang bermula mengikut waktu yang dirancang dimulakan dengan mengalukan kedatangan Y.B Dato’ Razali Ibrahim yang mendapat tepukan dan sorakan gemuruh dari para hadirin  yang sememangnya menyenangi akan keperibadian beliau yang begitu ramah dan mesra.

Majlis berlangsung dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan bacaan doa sebelum acara kemuncak  Y.B Dato’ Razali bersama Penduduk sekitar bercakap mengenai hala tuju dan perancangan pembangunan setempat yang telah dirancang dan akan dilaksanakan untuk keselesaan penduduk di masa hadapan. Suasana Majlis yang meriah diserikan lagi dengan gelak tawa penduduk mendengar  ucapan beliau yang sememangnya ramah dan gemar berjenaka mencuit hati penulis dan tentunya seluruh penduduk yang hadir. Sememangya pemimpin yang berjiwa rakyat ini  mampu menambat hati penduduk  dan memperolehi sokongan yang jitu tanpa berbelah bahagi dari segenap lapisan kaum di sekitar Muar Johor.

“ PERPADUAN MENJANA KEKUATAN”










0 comments:

Post a Comment