Wednesday 28 August 2013

Tahniah!!! Parlimen Muar Kekal Milik BN... @razaliibrahim @Muar146

Muar 27 Ogos - Barisan Nasional (BN) kekal memiliki kerusi Parlimen Muar selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Hakim Datuk Suraya Othman membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difailkan oleh calon PKR, Nor Hizwan Ahmad selaku pempetisyen adalah cacat dan tidak lengkap.

Katanya, pempetisyen gagal memberi butir-butir yang menyatakan ejennya tidak menerima salinan Borang 14 tanpa menyatakan nama Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Muar yang berkenaan dan juga bukti lengkap lain.

Begitu juga, ujar beliau, dakwaan yang menyatakan pengundi di kawasan Parlimen itu mengundi dua kali ketika hari mengundi disebabkan dakwat kekal mudah hilang tidak boleh diterima kerana tidak disertakan butir-butir lengkap pengundi terbabit.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment