Showing posts with label muar. Show all posts
Showing posts with label muar. Show all posts

Friday, 26 April 2013

PROGRAM PENGENALAN CALON dan ceramah isu semasa

26/04/2013 Muar - Dato Razali Ibrahim meluangkan masa bersama penyokong Barisan Nasional anjuran PDM Maharani, PDM Jalan Khalidi dan PDM Bandar Darat yang di adakan di tanah lapang, Jalan Meriam sekolah Sri Muar pada 8.30 malam tadi.

Turut bersama memeriahkan majlis calon Dun Maharani, Datuk Zulkhairi Ahmad sudi turun padang beramah mesra bersama penyokong Barisan Nasional Muar.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis sebelum Dato Razali Ibrahim dan Datuk Zulkhairi Ahmad dijemput memberikan ceramah ringkas dan padat dengan maklumat yang berguna kepada tetamu yang hadir.

: Penunggu Changkat

Monday, 22 April 2013

DATO RAZALI IBRAHIM BERSAMA PEMANDU TEKSI MUAR

22/04/2013 Muar - Dato Razali Ibrahim calon Parlimen Muar ( P146 )  meluangkan masa beramah mesra bersama pemandu - pemandu teksi Muar Johor pagi ini. Turut bersama  beliau calon Dun Maharani Datuk Zulkhairi Ahmad. Disamping beramah mesra, Dato Razali Ibrahim turut menjawab beberapa soalan mengenai permasalahan pemandu teksi Muar dan mencari jalan penyelesaian bersama.

:penunggu changkat

Sunday, 21 April 2013

RAMAH MESRA BERSAMA MASYARAKAT INDIA MUAR

21/04/2013 Muar - Dato Razali Ibrahim Calon Parlimen Muar P146 meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk India dia Muar di dewan MIA Muar Johor. Majlis berlangsung dengan tepukan dan sorakan penyokong Barisan Nasional dikalangan penduduk india di Muar johor. Turut turun bersama calon DUN Maharani Datuk Zulkhairi Ahmad memeriahkan lagi majlis yang berlangsung. Semoga sokongan daripada kaum India Muar akan teguh berdiri di belakang Barisan Nasional


: Penunggu changkat