Wednesday 28 August 2013

Tahniah!!! Parlimen Muar Kekal Milik BN... @razaliibrahim @Muar146

Muar 27 Ogos - Barisan Nasional (BN) kekal memiliki kerusi Parlimen Muar selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Hakim Datuk Suraya Othman membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difailkan oleh calon PKR, Nor Hizwan Ahmad selaku pempetisyen adalah cacat dan tidak lengkap.

Katanya, pempetisyen gagal memberi butir-butir yang menyatakan ejennya tidak menerima salinan Borang 14 tanpa menyatakan nama Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Muar yang berkenaan dan juga bukti lengkap lain.

Begitu juga, ujar beliau, dakwaan yang menyatakan pengundi di kawasan Parlimen itu mengundi dua kali ketika hari mengundi disebabkan dakwat kekal mudah hilang tidak boleh diterima kerana tidak disertakan butir-butir lengkap pengundi terbabit.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 10 July 2013

Biar Betul!!! Siapa Kata GASTRIK Tak Boleh Berpuasa???

GASTRIK selalu digunakan sebagai alasan utama untuk meninggalkan puasa. Namun, tahukah anda gastrik sebenarnya bukan penyakit tetapi gangguan dalam perut, terutama apabila bahagian perut atas (berhampiran hulu hati) berasa sakit dan tidak selesa.

Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, di bawah rusuk. Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang bagi menampung satu gelen makanan dan minuman.

Sewaktu perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang serta dalam perut jugalah makanan diproses selain disimpan sebelum dibuang melalui usus.

Pakar Perunding Surgeri Am Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Peh Kiam Heng, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu. Ia berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.

"Jika radang ini dibiarkan tanpa rawatan, lama-kelamaan ia boleh menyebabkan ulser. Sesetengah ubat, jika diambil dalam tempoh lama, juga boleh menyebabkan radang perut, khususnya ubat tahan sakit atau antiperadangan bukan steroid (NSAIDs) seperti aspirin, ibuprofen dan naprofen.

"Bagaimanapun, kesan ubat ini berbeza antara individu kerana bagi yang sensitif, satu pil boleh menyebabkan sakit perut, malah kemujarabannya terjejas seandainya mengambil alkohol berlebihan atau mengambil dadah (kokain) yang mengganggu proses penghasilan mukus bikarbonat, menyebabkan dinding perut terdedah pada tindakan asid hidroklorik,' katanya.

Berikut beberapa langkah untuk mengelak dan mengawal gejala gastrik.

Elak pengambilan makanan pedas dan masam

Makan secara bijak. Jika kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan dengan makan lebih kerap tetapi dalam kuantiti sedikit

Elak makanan yang merengsa perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak

Kurangkan minuman beralkohol

Berhenti merokok

Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan

Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan

Kekalkan berat badan seimbang. Ia membantu mengawal dan mengelak simptom gastrik

Banyakkan bersenam

Belajar mengendalikan tekanan


Gejala gastrik

Hilang berat badan

Tiada selera makan

Muntah

Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan

Bahagian atas perut terasa 'penuh' dan senak selepas makan sedikit

Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol

Mual

Pedih hulu hati
Kesimpulan

Gastrik tidak bermakna tidak boleh berpuasa. Malah, berpuasa (atau mengosongkan perut) adalah baik untuk kesihatan. Pesakit gastrik dinasihatkan mengambil ubat setiap hari, sama ada selepas berbuka atau sewaktu bersahur.

Justeru, dengan pengambilan ubat, pesakit boleh menjalankan ibadat puasa tanpa masalah. Namun jika terlupa mengambil ubat, ibadat puasa masih boleh diteruskan dan ia tidak mendatangkan kemudaratan.

Pesakit juga tidak sepatutnya menderita disebabkan gastrik kerana ia mudah diatasi, dengan syarat pesakit didiagnos dengan betul dan mendapat rawatan sewajarnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 15 May 2013

Penting!!! Tolong Vote YES Tau... Anwar Kena Letak Jawatan...

URGENT! VOTE 4 YES!

http://anilnetto.com/malaysian-politics/malaysian-elections/poll-should-anwar-continue-to-lead-pakatan/

Tolong syer benda nie dengan kengkawan lain tak kira dalam wassap group ker bbm group ker wechat ker keek ker istagram ker email ker or apa-apa group sekalipun...

Anwar kena letak jawatan sebab dia dah janji nak letak jawatan kalau Pakatan kalah dalam PRU13... So, tunaikan ler janji lu anwar ooooooiii... Berjanji memang senang tapi nak tunaikan tu yang payah...

Patut kena vote YES utk anwar letak jawatan... Kalo NO utk anwar kekal mengetuai PR... Vote YES... Dah 40% YES dan 60% NO... Semakin seimbang...

p/s : lain kalilah ye anwar...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 14 May 2013

196 Mati, 439 Cedera... Itulah Tragedi 13 Mei 1969!

Semalam 13 Mei - tarikh yang sangat sinonim dalam sejarah negara. Pada tarikh itu berlaku peristiwa berdarah yang tidak mungkin dilupakan oleh seluruh rakyat terutama mereka yang mengalami sendiri peristiwa berdarah itu.

Lebih menyayat hati, ada antara mereka yang menyaksikan sendiri pertumpahan darah gara-gara perbalahan antara kaum itu, hilang keluarga dan tempat bergantung akibat tragedi itu.

Bagi generasi baru, tarikh itu mungkin tidak meninggalkan kesan.

Mereka tidak mungkin merasai pahitnya perasaan kehilangan, pedihnya maruah dipermainkan apatah lagi berasa gerun kerana nyawa berada di hujung tanduk.

Jika diimbas semula peristiwa berdarah itu196 banyak kesan yang boleh dilihat sama ada secara langsung ketika itu mahupun kesan jangka panjang atau impak positif serta pengajaran yang boleh diambil dari 13 Mei 1969.

Kesan langsung sudah tentulah huru hara, kebakaran, kematian, kecederaan dialami mereka yang terbabit dengan peristiwa itu yang menyaksikan angka kematian direkodkan seramai 196 orang dengan 439 orang lagi cedera, 39 orang hilang dan 9,143 individu ditahan. Pihak berkuasa juga merekodkan sebanyak 211 kenderaan musnah pada kejadian itu.

Namun, ada pihak mendakwa statistik itu tidak begitu tepat kerana orang ramai yang menjadi saksi kejadian menyatakan jumlahnya lebih ramai berdasarkan deretan lori membawa mayat yang tidak sempurna menuju ke beberapa balai polis sekitar ibu negara.

Kejadian itu juga menyebabkan pengisytiharan darurat oleh Yang Di-Pertuan Agong yang dibuat pada malam 16 Mei.

Dengan pengisytiharan itu, Perlembagaan Persekutuan digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah undang-undang tentera.

Darurat menjadikan ibu kota Kuala Lumpur seperti kota lama ditinggalkan, bergelap serta seakan berkabung atas kehilangan nyawa yang begitu banyak dalam satu masa.

Dalam masa yang sama ditubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan Tun Abdul Razak dan dianggotai beberapa pemimpin kanan negara.

Malah pentadbiran negara dikendalikan hasil perkongsian kuasa tentera, polis, awam dan ahli politik. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.

Sepanjang tempoh darurat, MAGERAN melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian supaya tragedi seumpama itu tidak berulang.

Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat mengenai Perlembagaan Negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menyusun semula masyarakat dan menghapuskan pengenalan kaum dengan aktiviti ekonomi atau pekerjaan dan membasmi kemiskinan tegar serta pembangunan di kawasan luar bandar.

Selepas itu terbentuknya Barisan Nasional yang menggantikan Parti Perikatan yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.

Kesan jangka panjang 13 Mei pula ialah luar bandar semakin maju dan tahap kemiskinan penduduk berkurangan dengan Amanah Saham Nasional dan Bank Bumiputera diperkenalkan. Institusi pendidikan seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pelbagai peluang lain juga diwujudkan bagi melahirkan golongan profesional dan cendikiawan tempatan.

Lebih utama, kerajaan juga menubuhkan Kementerian Perpaduan Negara yang kini dikenali Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi mengatasi masalah perpaduan kaum di negara ini.

Justeru, keamanan yang dikecapi kini hasil pemulihan perpaduan kaum dan penstrukturan semula masyarakat kesan peristiwa hitam itu perlu dipertahankan bukannya diperlekehkan atau dipandang sepi sehingga sanggup terbabit dalam pelbagai acara yang boleh menimbulkan huru hara

Info

Faktor serta merta berlakunya kejadian

Perarakan kemenangan parti pembangkang di Kuala Lumpur

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969. Dr Tan Chee Khoon dari parti GERAKAN menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti itu. Perarakan itu menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Harun Idris.

Tindak balas orang Melayu pada perarakan kemenangan pilihan raya

UMNO mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Harun selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 7 May 2013

Gempar!!! Tolong Sebarkan Kenyataan Amerika Pasal Ketelusan PRU13??? @NajibRazak

PLEASE SEBARKAN!!!

US recognizes Malaysia election result despite opposition claims of irregularities
BY THE ASSOCIATED PRESS MAY 6, 2013

WASHINGTON - The United States has recognized Malaysia's election result, calling it the "most competitive" in the Southeast Asian nation's history, despite opposition claims of irregularities in the vote.

State Department spokesman Patrick Ventrell said the U.S. looked forward to working with the government to be formed by Prime Minister Najib Razak after his coalition returned to power after winning Sunday's parliamentary elections with a diminished majority and despite losing the popular vote.

Ventrell told reporters in Washington on Monday that the U.S. was aware of concerns about voting irregularities and noted the opposition parties faced significant restrictions on access to the media.

He said addressing these issues is important for strengthening confidence in the electoral process, and called on all parties "to peacefully respect the will of the voters."

Read more: http://www.vancouversun.com/news/recognizes+Malaysia+election+result+despite+opposition+claims+irregularities/8344591/story.html#ixzz2SaxQtGKC

-KN-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 5 May 2013

Keputusan Terkini!!! Husam Akhirnya Tersungkur Di Putrajaya????... @TengkuAdnanReal

Keputusan Tidak Rasmi Undi PDM Metropolitan P9

SALURAN 1
BN : 232
PAS : 73
UNDI ROSAK : 1

SALURAN 2
BN : 467
PAS :153
UNDI ROSAK :1

SALURAN 3
BN : 459
PAS : 161
UNDI ROSAK : 1

SALURAN 4
BN : 441
PAS : 179
UNDI ROSAK : 6

SALURAN 5
BN : 432
PAS : 183
UNDI ROSAK : 1

SALURAN 6
BN :403
PAS :195
UNDI ROSAK :4

SALURAN 7
BN : 377
PAS : 199
UNDI ROSAK : 1

SALURAN 8
BN :404
PAS :176
UNDI ROSAK :-

SALURAN 9
BN : 387
PAS : 189
UNDI ROSAK : 1

SALURAN 10
BN : 353
PAS : 218
UNDI ROSAK : 2

SALURAN 11
BN : 388
PAS : 200
UNDI ROSAK : 3

UNDI AWAL POLIS
BN : 620
PAS : 28
UNDI ROSAK : 2

Puncak puteri
BN 2060
PAS 963
terkini.....

Metro
BN 4343
Pas 1926
Terkini..

Keputusan tidak rasmi bagi PDM TAMAN WARISAN:

BN - 1629 ( 66.3%)
PAS - 822 ( 33.4%)
ROSAK - 6 (0.2%)

JUMLAH : 2457

Keputusan tidak rasmi bagi PDM SAUJANA HIJAU:

BN - 1145 ( 63.9%)
PAS - 632 ( 35.2%)
ROSAK - 14 (0.7%)

JUMLAH : 1791

Tengku Adna : 9804 undi
Husam : 4366 undi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selamat Mengundi Di PRU13...

Hari ini 5hb Mei 2013 adalah "The D Day" kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi.

KN mengucapkan Selamat Mengundi kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi serta buatlah pilihan yang betul dan tepat demi masa depan kita dan anak cucu kita nanti.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 4 May 2013

PENJELASAN ISU TANAH YANG DI BANGKITKAN HIZWAN CALON PAKATAN RAKYAT

Muar - Hari ini satu desas desus telah dibangkitkan oleh hizwan calon PKR Parlimen Muar mengenai isu tanah mengaitkan Dato Razali Ibrahim, Calon Barisan Nasional Muar.

Menurut beliau, status tanah yang dinyatakan oleh pihak pembangkang adalah tanah "kurnia" yang berkeluasan 1 ekar dimana tarikh tamat tempoh cukai sebanyak RM35 tamat pada hujung bulan ini.

Tanah tersebut juga telah dirancangkan untuk dijadikan tapak pembinaan surau .

Ini jelas menunjukkan ketandusan agenda dari pihak pembangkang cuba memburukkan imej Dato Razali Ibrahim yang sedia maklum sangat dihargai oleh warga Muar. Semoga dengan penjelasab serba ringkas ini dapat mengembalikan ketegangan yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang.

Gempar!!! Bukti Pas Muar Mengamuk Dengan Calon PKR Muar Yang Sombong????... @HizwanAhmad @razaliibrahim #146

Apa lagi nak diperkatakan mengenai calon PKR bagi parlimen Muar si Hizwan dalam saat pembuangan undi tinggal tak sampai 24 jam lagi. Kalo perangai buruk macam ni kawan seperjuangan Pas pun menyampah apatah lagi masyarakat dan pengundi parlimen Muar.

Ini apa yang ditulis dalam fb milik Pas Kawasan Muar :

"Salam Ukhwah... Agak rasa terkilan benar dengan Calon P.146 PKR yang agak kurang matang apabila beliau menyerang secara peribadi isu yang telah lama di fb dan twitter beliau... Kami juga rasa terkilan kerana calon Parlimen kami tidak pernah mendengar pendapat kami sebagai rakan seperjuangan... Kami dari Pas Kawasan Muar mohon maaf kerana terpaksa menyuarakan ketidakpuastiaan Kami berhubung perkara tersebut..."

Nampak sangat calon PKR ni si Hizwan suka buat kerja sorang-sorang dan tak ada sifat bekerjasama sehingga geng dalam Pakatan pun naik menyampah tengok. Dah la tak turun padang berkempen, lebih banyak duduk lepak kat hotel mengopi jer. Patut la Pas merasakan calon yang paling layak bertanding bagi mewakili Pakatan Rakyat adalah calon daripada Pas.

Disebabkan Anwar Ibrahim yang paling berkuasa dalam Pakatan Rakyat dan dengan menggunakan kuasa veto kuku besinya maka beliau meletakkan calon dari PKR parti beliau sendiri dengan meletakkan calon yang tak punya kredibiliti.

Pas sepatutnya menjadi parti dominan tapi apakan daya Pas terutama di Muar tak punya kekuatan untuk bersuara pun bagi mencadangkan ahlinya sebagai calon. Penyudahnya inilah hasilnya. Calon yang dibenci rakan sendiri.

Oleh itu, nasihat KN kepada Pas supaya kalo betul-betul sebuah parti yang kuat dan bakal mendirikan negara Islam seperti yang dilaungkan sebelum ini agar pikir dua kali la untuk support calon PKR ni. Elok ler korang undi calon BN, Dato' Razali dan lepas ni kembali ke pangkal jalan.

p/s : nantikan pembongkaran malam ini last sebelum hari mengundi pasal si Hizwan ni yang banyak syarikat yang duit hasil syarikat itu meragukan... Tuuuuuuungguuuuuu...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BUKU LAPORAN - AKTIVITI BELIA MUAR

03/05/2014 Muar - Baru baru ini Calon Parlimen Muar Dato Razali melancarkan Buku Laporan Kemajuan Muar yang telah dicapai dan dilaksanakan di bawah selia takbir Barisan Nasional.

Di dalam buku laporan itu juga menyatakan maklumat kemudahan yang telah disediakan dan akan dilaksanakan untuk seluruh belia Muar.  Kemudahan merangkumi kemudahan sukan dan riadah.

Dari maklumat yang terdapat di dalam buku laporan tersebut dapat dilihat begitu banyak kemudahan telah disediakan oleh Barisan Nasional untuk memastikan belia di Muar menjalankan aktiviti yang lebih sihat dan memberi manafaat.

Penulis sempat mentelaah buku yang diberikan dan merakan beberapa foto yang terdapat di dalam buku tersebut.

#P146 PEMBANGUNAN MUAR SEJAJAR DENGAN PEMODENAN NEGARA

Dengan keluasan kira-kira 234,627 hektar, bandar Muar tidak pernah terlepas pandang oleh Kerajaan negeri dan Pusat akan aspek pembangunan. Muar atau nama lamanya Bentayan tidak tenggelam dek arus kemodenan. Inisiatif mengekalkan bangunan-bangunan klasik dan colonial yang mendominasi bandar itu menjadikanmya sebuah daerah yang cukup berbeza dan unik. Keunikan ini lah yang menjadi kebanggaan anak-anak Muar.

Parlimen Muar yang terletak di dalam Daerah Muar terbahagi kepada dua kawasan Dewan Undangan negeri iaitu Maharani dan Sungai Balang yang terletak di bahagian selatan Daerah Muar.

Melalui Rancangan Malaysia ke-10, RMK-10, lebih dari 15 pembangunan teras telah disiapkan dan ada diantaranya yang masih lagi di peringkat pembinaan. Projek-projek ini ternyata memberi manfaat dan banyak kebaikan kepada penduduk di dalam Parlimen Muar. Mengambil contoh, projek penggantian sisitem perparitan bagi tujuan kebersihan dan kelancaran sistem pengairan serta projek tambatan banjir di kawasan Bandar Muar, Pekan Parit Jawa, Parit Yusof dan Parit Bakar telah berjaya mengurangkan masalah penduduk di kawasan itu. Usaha menggantikan jeti konkrit di 15 pengkalan nelayan di seluruh Muar juga telah selesai disiapkan untuk fasa pertama. Manakala sebanyak 6 diantaranya telah memasuki fasa kedua yang menelan belanja sebanyak RM1.2 juta.

Calon Barisan Nasional Parlimen Muar, Dato Razali Ibrahim dalam ucapannya dalam satu majlis di Taman Sarang Buaya Sentosa sekali lagi memaklumkan, satu projek pembangunan yang juga di bawah peruntukan RMK-10 telah diluluskan di situ. Pembinaan sebuah Dewan Komuniti di Sarang Buaya ini bakal memberi banyak faedah kepada penduduk Muar memandangkan tiadanya dewan serbaguna berskala besar sepanjang Jalan Batu Pahat ke Muar. Projek ini dijangka siap pada penghujung tahun ini.

#UNDIBN
~ar


Friday 3 May 2013

HIMPUNAN ANAK MUDA MUAR PAMER SOKONGAN PADU DARI ANAK MUDA

Muar - hari ini adalah hari yang cukup bermakna untuk golongan belia Muar apabila satu Himpunan Anak MudaMuar telah diadakan bertempat di Stadium Muar.

Sambutan yang begitu meriah dan dipenuhi dengan belia Muar yang sentiasa menyokong kepimpinan Barisan Nasional.

Dengan kehadiran barisan artis tanah air yang ternama mengamatkan lagi persembahan sepanjang majlis berlangsung. Kemeriahan masih dapat dirasakan walaupun hujan melanda dipenghujung majlis berlangsung. Tetapi semangat yang dipamerkan oleh Belia Muar sememangnya sangat membanggakan.

: penunggu changkat

GAMBAR - #P146 Milik BN! Himpunan Anak Muda Bukti Sokongan Orang Muda Kepada BN

Biar gambar bicara sendiri - beginilah suasana ketika ini di Himpunan Anak Muar yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim..

Jumlah Anak Muda yang hadir biarlah anda saksikan sendiri..krang kalau aku nyatakan terkejut pula..Himpunan Anak Muda ini merupakan salah satu pengisian kempen Dato Razali Ibrahim di Parlimen #P146 Muar ini..

Banyak aktiviti telah dilangsungkan dari siang tadi hingga ke malam..Anak Muda ini siang tadi telah berkonvoi dan aktiviti yang dianjurkan ialah Autoshow,Konsert disamping memperkenalkan calon kepada Anak Muda Muar ini..

Peringatan,keseluruhan yang hadir adalah Anak Muda Jati Muar!!bukannya diimport macam ceramah pembangkang...

HE : Slogan sesuai untuk Himpunan Anak Muda ini ialah Anak Muda tak suka pakatan rakyat bukan kerana PR tak bagus..tetapi DRI lebih hebat dari pembangkang...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Biar Betul Azlan Iskandar Tolong Kempen Untuk Pakatan??? @razaliibrahim #P146

Biar betul story yang KN dengar nie. Betul ker raja squash negara yang terkenal diperingkat antarabangsa Azlan Iskandar turun ke parlimen Muar untuk membantu calon Pakatan Rakyat berkempen????

Risik punya risik akhirnya KN dapat jugak story yang sebenarnya. Rupa-rupanya "keglamouran" raja squash negara ini dimanipulasi oleh Pakatan yang kecewa bila kempen mereka tidak mendapat sambutan.

Sebenarnya, Azlan Iskandar turun ke Muar bagi turut sama membantu kempen calon BN, Dato' Razali Ibrahim minggu lepas. Azlan dilihat turun ke kampung-kampung membantu berkempen dan sudah tentu kehadiran beliau menjadi buah mulut penduduk kampung.

Bukan senang seorang selebriti sukan nak datang masuk kampung dah ini akan menjadi kenangan terindah orang kampung.

Jadi cerita yang disebarkan cai-cai PR nie sudah terang lagi bersuluh TIDAK BENAR sama sekali.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#PRU13 : Elakkan Provokasi, Jaga Nama Baik BN #P146


WK sudah dua minggu berada di bumi Muar membantu jentera BN menjalankan tugas sempena PRU13 yang akan berlangsung pada 5 Mei nanti. Pelbagai perkara yang dapat WK lihat dan alami sepanjang berada di sini.
Kesiapsiagaan jentera BN menghadapi PRU kali ini tidak dapat dinafikan lagi. Walaupun di saat-saat akhir terdapat pelbagai halangan dalam menjalankan tugas membantu kempen calon yang telah dipilih pucuk pimpinan parti, semua itu tidak menjadi batu penghalang untuk tugas dilaksanakan dengan sebaiknya.
Anak-anak muda belia yang menjadi sukarelawan BN seharusnya dipuji atas sikap cemerlang mereka. Walaupun hanya bergelar sukarelawan, tugasan yang diberi untuk menaikkan nama BN tidak dilakukan dengan main-main.
Jika tiada mereka ini, mungkin tidak semeriah ini perang bendera berlaku di Bandar Muar ini. Begitu juga dengan pengedaran buku pencapaian calon P146 yang telah dua penggal menjadi YB di Muar ini, mungkin tidak mencapai sasarannya tanpa para belia sukarelawan ini.
Namun, dalam pelbagai kebaikan yang mereka lakukan, terselit juga sedikit rasa tidak puas hati dengan tindakan mereka.
Mungkin tiada yang memberikan teguran kepada mereka, atau juga mungkin tidak bertindak atas faktor bimbang hilangnya sokongan daripada golongan belia ini, beberapa orang anak muda yang membentuk sebuah kumpulan bermotosikal dibiarkan membuat provokasi.
Tidak dinafikan, darah muda sudah pasti mudah menimbulkan provokasi jika berhadapan dengan parti lawan. Namun sebarang tindakan kurang matang seharusnya berjaya dikawal daripada berlaku.
Berkongsi pengalaman WK duduk minum di awal pagi sementara menunggu mata mengantuk, WK dapat melihat sekumpulan belia bermotosikal yang mungkin cuba membuat provokasi terhadap calon lawan di sebuah restoran 24 jam di Bandar Muar ini.
Mujur sahaja hanya ada sebuah motosikal yang dihiasi dengan bendera PKR diparkir di hadapan restoran tersebut. Jika ada beberapa buah, mungkin akan berlaku perkara yang tidak diingini.
Pendapat WK, perkara sebegini seharusnya tidak berlaku di saat-saat ini. Seharusnya ada yang menegur mereka ini supaya tidak berbuat sesuatu yang boleh memburukkan nama dan menjatuhkan reputasi BN di mata masyarakat.
Perkara-perkara provokasi ini janganlah dilakukan. Rakyat sentiasa menjadi pemerhati. Jangan pula kerana kesilapan kecil seperti ini dilakukan, BN bakal kehilangan beberapa undi.
Seboleh-bolehnya janganlah ada di antara jentera BN, pengamal media dan para blogger yang pro BN, para sukarelawan BN yang membuat sebarang provokasi terhadap parti lawan. Ini untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

PAKATAN RAKYAT LAKSANA MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI


Tumpuan luar biasa Pakatan Rakyat di Johor, Sarawak dan juga Sabah dalam usaha mereka untuk memecahkan kubu kebal Barisan Nasional dilihat akan memakan diri. Ramai sedia maklum bahawa ketiga-tiga negeri ini telah lama menjadi “simpanan tetap” Barisan Nasional dalam setiap Pilihan Raya Umum. 

Langkah meletakkan nama besar seperti Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah Johor jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat berniat untuk memecahkan dominasi Barisan Nasional di sana.

Namun begitu ramai penganalisis politik percaya langkah ini akan memakan diri Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana di dalam keghairahan mereka untuk menyerang negeri-negeri di bawah takluk Barisan Nasional, mereka seolah alpa dalam mempertahankan negeri-negeri mereka. Kedah, Pulau Pinang dan juga Kelantan dilihat sedang menghadapi serangan padu oleh pasukan gempur Barisan Nasional.

Di Kedah, pembongkaran demi pembongkaran telah dibuat oleh Barisan Nasional ke atas kepincangan pengurusan Kerajaan Negeri PAS. PAS Kedah pula seolah-olah telah dibiarkan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk mempertahankan diri mereka sendiri. Pakatan Rakyat seperti sudah menerima hakikat bahawa Kedah tidak dapat dipertahankan lagi.

Gelombang Merah yang melanda Kelantan bukan lagi satu omong kosong lagi. Gerakan tersusun yang dikepalai oleh Tok Pa telah lama menyusun langkah dan dilihat mampu memberikan tentangan hebat terhadap kerajaan negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz. PAS Kelantan telah sekian lama diberi peluang oleh rakyat untuk membawa kemajuan namun sikap “tidak apa” Tuan Guru Nik Aziz mengecewakan. Kemelut akhlak yang melanda beberapa tokoh PAS dijangka akan merencatkan usaha PAS untuk mempertahankan Kelantan.

Tuan Guru Nik Aziz pula sibuk dibawa sebagai pelaris ceramah di seluruh negara. Jalinan mesra yang dimeterai di dalam Pakatan Rakyat bersama komponen lain juga dilihat kian longlai dan mampu merencatkan jentera Pilihan Raya mereka. Oleh itu, sekiranya Barisan Nasional Kelantan mampu bergerak sebagai satu unit dan bekerja keras, tidak mustahil Kelantan akan kembali ke pangkuan Barisan Nasional.

Di Pulau Pinang pula, tidak lagi kedengaran cakap-cakap kedai kopi yang menyatakan bahawa mustahil buat Barisan Nasional untuk mendapatkan semula Pulau Pinang. Kerja keras Barisan Nasional Pulau Pinang selama ini mendedahkan setiap kepincangan di bawah pemerintahan Ketua Menteri Lim Guan Eng semakin membuka mata rakyat Pulau Pinang. Kerajaan negeri Pulau Pinang pula secara sistematik cuba untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai lokasi eksklusif buat rakyat yang berada.

Apa tidaknya, harga hartanah di Pulau Pinang semakin melonjak dan projek-projek yang diperkenalkan juga hanya mensasarkan golongan yang berada. Apabila Datuk Seri Najib Razak perkenalkan perumahan mampu milik PR1MA, rakyat Pulau Pinang menyambutnya dengan tangan terbuka. Tidak mustahil Rakyat Pulau Pinang mampu diyakinkan dengan dasar dan polisi kerajaan yang jelas mengutamakan kepentingan rakyat.

Kesimpulannya, kecenderungan Pakatan Rakyat mensasarkan negeri-negeri kubu kuat Barisan Nasional dilihat mampu menjadi punca kejatuhan mereka. Tumpuan seharusnya diberikan untuk mempertahankan negeri-negeri yang telah dimenangi mereka pada Pilihan Raya yang lepas. Di dalam arena sukan, ada satu mantra yang selalu dimainkan iaitu “untuk memenangi sesuatu adalah senang, namun hendak mempertahankannya pula adalah sangat susah sekali”.

SUMBER : PENGANALISIS POLITIK
~ar

WARKAH PM DS @NajibRazak Untuk Rakyat Malaysia

~ar

Salam 1Malaysia,

Hari ini negara tercinta Malaysia berada di persimpangan antara masa hadapan yang penuh peluang dan harapan serta masa hadapan yang sarat dengan ketidaktentuan dan pertelingkahan. Di tangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan , serta 13 juta warga Malaysia yang lain terletak kuasa untuk membuat keputusan mengenai siapakah yang terbaik untuk diberikan amanah serta tanggungjawab bagi meneraju negara bertuah ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Empat tahun yang lalu merupakan tempoh yang mencabar untuk kita semua. Di dalam persekitaran ekonomi global yang amat mencabar kerajaan dan rakyat Malaysia telah berjaya hasil kerjasama semua meletakkan ekonomi Malaysia di landasan yang betul untuk pertumbuhan berterusan, meningkatkan hasil negara yang digunakan untuk meringankan beban kehidupan rakyat, merangsang penciptaan peluang pekerjaan yang mencukupi dan meningkatkan kemakmuran untuk semua.

Ia bukanlah perjalanan yang mudah bagi kami parti yang diberikan amanah sebagai kerajaan oleh tuan-tuan dan puan-puan. Dalam sesetengah perkara kami perlu mengambil keputusan yang perit tetapi perlu. Dalam keadaan ini kami tidak bertindak sebagai ahli politik populis tetapi sebaliknya bertindak setelah mengkaji secara teliti kesan jangka panjang keputusan yang bakal diambil bukan sahaja terhadap generasi hari ini tetapi juga generasi masa depan negara ini, kami tidak rela mewariskan sebuah negara yang gagal kepada anak-anak kita.

Setelah melalui proses mendengar, merundingi serta memperoleh input dari semua pihak kami telah merangka pelan yang kami yakin terbaik untuk semua rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang malahan sehinggga tahun 2020. Sesungguhnya Tuan-tuan dan Puan-puan mampu merasai sendiri keberkesanan segala usaha yang telah saya dan rakan-rakan lakukan setakat ini. Berikanlah kami Kerajaan Barisan Nasional peluang untuk terus berkhidmat demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan bagi meningkatkan lagi mutu kehidupan kita dan anak-anak kita serta demi masa depan yang lebih sejahtera serta makmur. Berilah kepercayaan kepada Kerajaan BN bagi meneruskan usaha bakti buat Malaysia dan seluruh rakyatnya.

PRU kali ini perlulah ditentukan bersandarkan menepati janji, mendukung harapan dan kebolehpercayaan. Tidak sepatutnya wujud ruang untuk mereka yang menabur janji tidak kredibel dan akhirnya tidak mampu ditunaikan, gemar menyebar fitnah, memanipulasi fakta serta meraih sokongan berasaskan kebencian serta perpecahan.

Demi anak-anak Malaysia fikirkan semasak-masaknya, sebelum membuat keputusan kerana pilihan tuan-tuan dan puan-puan akan mempunyai kesan yang amat besar untuk masa hadapan kita.

Undi tuan-tuan dan puan-puan sewajarnya menjadi– UNDI untuk Malaysia yang maju dan progresif, UNDI untuk Malaysia yang menuju transformasi politik, ekonomi dan sosial yang menyeluruh , Malaysia di mana kita semua, dapat hidup dengan bangga dan bermaruah di bawah payung falsafah 1Malaysia.


Yang ikhlas,

Najib Razak
Pengerusi Barisan Nasional

JOM KE HIMPUNAN ANAK MUAR DI STADIUM MUAR #P146






Anak-anak Muor yang kelapangan malam ni, jom kita berhimpun beramai-ramai di Stadium Muar.

p/s kita semarakkan semangat GELOMBANG BIRU malam ni, 

JENTERA @BARISANASIONAL KENA LEBIH GIAT MENJELANG HARI TERAKHIR KEMPEN #PRU13


Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Maslan menggesa jentera parti menggiatkan kerja pada hari-hari terakhir kempen dalam memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum Ahad ini.

Ahmad yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pontian, berkata jentera parti tidak boleh bersikap sambil lewa walaupun maklum balas yang diterima menunjukkan BN mampu menang dengan majoriti dua pertiga.

"Berdasarkan laporan 7,531 pusat daerah mengundi (PDM) di seluruh negara, kita yakin boleh menang Selangor, Kedah dan Kelantan, mungkin juga Pulau Pinang. Jadi jentera parti walaupun gembira, tidak boleh terlalu leka sebaliknya perlu melipatgandakan usaha untuk mencapai kemenangan yang diharapkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pesara dari Parlimen Muar di Hotel Pelangi yang turut dihadiri calon Barisan Nasional Ahli Parlimen Muar, Dato Razali Ibrahim.

Ahmad menegaskan tsunami politik telah berakhir terutama dengan pendekatan transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas. Menyentuh perkembangan di Johor, beliau berkata pembangkang tersilap percaturan kerana cuba merampas negeri ini yang telah sebati dengan Umno dan BN.

Beliau yakin Johor akan mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008 dengan merampas semula kerusi Parlimen dan DUN yang terlepas ke tangan pembangkang.




Thursday 2 May 2013

Lensa Niring 4 : Gambar Kempen Calon BN Parlimen Muar #146 Bikin PKR Pening Kepala... @razaliibrahim @HizwanAhmad

Ini sebahagian kecil sahaja daripada koleksi gambar calon BN untuk Parlimen Muar, Dato' Razali Ibrahim turun padang bertemu rakyat dan pengundi Muar sepanjang 10 hari tempoh kempen PRU13 ini.

Hampir keseluruhan kawasan parlimen Muar sudah dilawatinya dan disetiap tempat dan kawan yang dilawatinya mendapat sambutan dan reaksi positif orang-orang Muar.

p/s : Pilihlah calon daripada BN, Dato' Razali Ibrahim sebagai wakil rakyat dan Ahli Parlimen Muar...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.