~ar
29/04/2013 Muar - Satu program bersama rakyat telah diadakan di Mann Cetering. Dato Razali Ibrahim sempat berkunjung dan beramah mesra bersama penduduk setempat. Turut memeriahkan program dengan kehadiran Amy Search, Emma Fatimah , Maya dan Shaida AF.
Majlis bermula dengan ucapan daripada Dato Razali Ibrahim Calon Parlimen Muar. Dan seterusnya ucapan daripada Amy search yang pertama kalinya memberi ucapan kepada penduduk Muar. Emma Fatimah juga tidak kurang hebatnya dengan mempamerkan semangat patriotik jati diri yang sangat tinggi.
Acara ramah mesra bersama artis selepas acara tamat sememangnya meriah dan ini adalah peluang yang begitu berharga buat warga Muar.
: penunggu changkat
29/04/2013 Muar - Hari ini Dato Razali Ibrahim sempat turun padang beramah mesra bersama penduduk Muar di SJKC Chi Sin Parit Bakar Muar sempena Majlis Penyerahan surat Pelantikan AJK KRT Taman Parit Balar. Turun bersama Calon Dun Barisan Nasional Datuk Zulkhairi Ahmad.
Sambutan penyokong daripada pelbagai kaum terhadap pemerintahan Barisan Nasional sangat mengejutkan penulis. Majlis bermula sekitar jam 8.45malam digegarkan dengan tepukkan sorak penyokong dan tetamu yang hadir.
Satu acara penyampaian Kad pengenalan kepada seorang penduduk muar telah diadakan sebagai Tanda Barisan Nasional serius dalam menyelesaikan kes kes pemohonan kad pengenalan bagi permohon yang baharu menjadi warga negara malaysia.
Dato Razali Ibrahim semasa berucap telah memetik isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang mengenai isu kolam renang tinggal.
Semoga segala usaha yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional sentiasa dihargai oleh penduduk Muar yang sentiasa berdiri teguh bersama Ahli Parlimen Muar, Dato Razali Ibrahim.
: penunggu Changkat