Saturday 27 April 2013

LARIAN PATRIOTIK MUAR

27/04/2013 Muar - Majlis larian patriotik telah diadakan pada pagi tadi bermula seawal jam 8.00pagi di dataran Tanjung Emas. Acara terpaksa ditunda sebentar berikutkan cuaca yang tidak mengizinkan. Acara kembali meriah selepas hujan berhenti sekitar jam 9.00pagi.

Seramai 1500 peserta belia Muar telah hadir memberi sokongan untuk larian patriotik. Majlis dimulakan dengan pelancaran tabung Lahat Datu yang telah disempurnakan oleh Encik Abdul Hakim Manap, Penolong Pegawai Daerah Muar.

Turut hadir Pengarah Jabatan Belia Sukan Johor Encik Md Nor Said dan Ketua Polis Daerah Muar Tuan Nasir Ramli. Yang di pertua Majlis Bandaraya Muar En Zulkefli Abu turut menyertai program yang di jalankan.

:penunggu changkat

0 comments:

Post a Comment