Saturday, 20 April 2013

KEMERIAHAN SEPANJANG MAJLIS PENAMAAN CALON DI MUAR, JOHOR


20/04/2013 Muar – Kemeriahan sempena penamaan Calon yang diadakan pagi tadi di Pejabat Daerah Muar yang mendapat sambutan sangat positif daripada penduduk setempat  yang terdiri dari pelbagai kaum dan peringkat usia. Bermula seawal  7.30 pagi rombongan bermotosikal pemuda umno tiba di tempat berkumpul  ( Bilik Gerakan UMNO Muar ) diikuti dengan rombongan puteri umno yang turut hadir  memeriahkan suasana majlis. Mendengar dan melihat telatah penduduk yang hadir membuat hati penulis tertarik dan tersenyum melihat bertapa makmur dan aman kehidupan penduduk muar dibawah pemerintahan Barisan Nasional. Melihat pelbagai kaum berkumpul dan beramah mesra dengan gelak tawa dan semangat menyokong calon Parlimen Muar Y.B Dato’ Razali Ibrahim sememangnya bukti kemuafakatan yg disemai sejak dulu dalam pempinan Barisan Nasional.
Semangat sokongan dikalangan Belia juga terserlah dengan sokongan tidak berbelah bahagi. Melihat bertapa ramainya warga belia terlibat dalam majlis itu boleh mengambarkan masa depan Muar dibawah tampuk pimpinan Barisan Nasional adalah sangat cerah. Semoga apa yang kita ada sekarang ini di syukuri dan dipertahankan.









Penunggu Changkat.

0 comments:

Post a Comment