Pengundian awal dilaksanakan buat pertama kalinya pada pilihan raya kali ini, dengan pindaan kepada Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, iaitu kategori orang yang boleh mengundi awal. Bertempat di Dewan Taman Perumahan PDRM Kg. Kuantan, Muar, sejumlah anggotan keselamatan mula mengundi seawal 8.00 pagi.
Perjalanan proses berjalan lancar dengan proses pengundian pengundian awal dijalankan mengikut prosedur yang sama seperti pengundian biasa. Proses pengundian dijalan oleh petugas SPR dengan pemerhatian dari ejen-ejen calon yang bertanding.
Calon Barisan Nasional kerusi Parlimen Muar, Dato Razali Ibrahim turut meluangkan masa melihat proses pengundian awal yang dijalankan di sini. Menurutnya, proses pengundian awal yang turut dipantau oleh ejen-ejen calon yang bertanding dan pemerhati tempatan yang dilantik SPR menunjukkan proses pengundian berjalan secara adil dan telus.
Menurut petugas SPR yang ditemui, beliau menerangkan kertas undi yang telah dipangkah pada hari ini akan disimpan dan hanya akan dibuka untuk pengiraan undi pada pukul 4.00 petang hari pengundian biasa (5 Mei 2013)
~ar
~ar
0 comments:
Post a Comment