20/04/2013 Muar, Johor – Penamaan calon parlimen Johor Y.B dato’
Razali Ibrahim bertempat di Pejabat Daerah Muar Johor yang diiringi dengan
ribuan penyokong Barisan Nasional pagi ini. Calon Parlimen Muar Y.B Dato’ Razali
Ibrahim memulakan langkah bersama penyokong berarak dari Pusat Gerakan Umno
Muar ke Lokasi Pencalonan Calon diadakan. Sorakan dan nyanyian lagu negaraku
dan lagu tema Barisan Nasional berkumandang lantang dinyanyikan oleh penyokong
terdiri dari pelbagai kaum dari setiap peringkat usia.
Y.B Dato’ Razali Ibrahim calon
Parlimen Muar ditemani DUN Maharani Datuk Zulkhairi Ahmad dan DUN Sungai Balak
Puan Zaiton Ismail. Sepanjang berlangsungnya penamaan calon diadakan tiada
sebarang kejadian yang tidak di ingini terjadi di antara pihak Barisan Nasional
dan Pakatan Rakyat.
Penunggu Changkat
0 comments:
Post a Comment