Bilik gerakan Parti Gerakan Bahagian Muar yang terletak di Jalan Abdul Rahman dikunjungi calon BN Parlimen Muar, Dato' Razali Ibrahim petang tadi.
Lawatan yang disambut oleh Pengerusi Parti Gerakan Bahagian Muar, Encik Ng Kok Yong dan jenteranya itu melibatkan perbincangan persiapan dan strategi dalam mengharungi tempoh berkempen untuk Pilihanraya Umum kali ini. Sokongan dari masyarakat Cina Muar jelas memihak kepada Barisan Nasional dan usaha dalam mengekalkan Barisan Nasional di kerusi Parlimen Muar dijangka akan berjaya.
Sementara itu, penulis tertarik dengan poster kempen PRU13 yang tertera gambar calon BN kerusi Parlimen Muar dan bertulisan cina. Difahamkan terdapat juga poster kempen dalam tulisan jawi.
#UNDIBN
~ar
#UNDIBN
~ar
0 comments:
Post a Comment