Friday 3 May 2013

JENTERA @BARISANASIONAL KENA LEBIH GIAT MENJELANG HARI TERAKHIR KEMPEN #PRU13


Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Maslan menggesa jentera parti menggiatkan kerja pada hari-hari terakhir kempen dalam memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum Ahad ini.

Ahmad yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pontian, berkata jentera parti tidak boleh bersikap sambil lewa walaupun maklum balas yang diterima menunjukkan BN mampu menang dengan majoriti dua pertiga.

"Berdasarkan laporan 7,531 pusat daerah mengundi (PDM) di seluruh negara, kita yakin boleh menang Selangor, Kedah dan Kelantan, mungkin juga Pulau Pinang. Jadi jentera parti walaupun gembira, tidak boleh terlalu leka sebaliknya perlu melipatgandakan usaha untuk mencapai kemenangan yang diharapkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pesara dari Parlimen Muar di Hotel Pelangi yang turut dihadiri calon Barisan Nasional Ahli Parlimen Muar, Dato Razali Ibrahim.

Ahmad menegaskan tsunami politik telah berakhir terutama dengan pendekatan transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas. Menyentuh perkembangan di Johor, beliau berkata pembangkang tersilap percaturan kerana cuba merampas negeri ini yang telah sebati dengan Umno dan BN.

Beliau yakin Johor akan mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008 dengan merampas semula kerusi Parlimen dan DUN yang terlepas ke tangan pembangkang.




0 comments:

Post a Comment