Saturday 20 April 2013

#MuarP146 - Pemuda Muar Akan Pastikan Kemenangan Milik Mutlak BN

Semboyan mempertahankan Parlimen Muar kekal milik BN bermula secara rasminya dengan pertembungan antara penyandang, Datuk Razali Ibrahim dari Barisan Nasional yang akan ditentang oleh calon Parti Keadilan Rakyat, Hizwan Ahmad.

Datuk Razali Ibrahim yang merupakan Naib Ketua Pemuda Malaysia mendapat sokongan yang kuat dari generasi muda pelbagai kaum sekitar Muar. Penulis yang turut hadir di sesi penamaan calon yang diadakan di Pejabat Daerah Muar pagi tadi melihat golongan muda menjadi benteng terkuat dalam jentera Barisan Nasional.

Terdahulu, mereka berkumpul di Bangunan UMNO Bahagian Muar sebelum berarak mengiringi Datuk Razali ke pusar penamaan calon di Pejabat Daerah Muar. Pemuda Barisan Nasional berulangkali menyatakan akan menggerakkan seluruh jentera dan memastikan kemenangan mutlak berpihak kepada Barisan Nasional.


.ar

0 comments:

Post a Comment