Saturday 4 May 2013

#P146 PEMBANGUNAN MUAR SEJAJAR DENGAN PEMODENAN NEGARA

Dengan keluasan kira-kira 234,627 hektar, bandar Muar tidak pernah terlepas pandang oleh Kerajaan negeri dan Pusat akan aspek pembangunan. Muar atau nama lamanya Bentayan tidak tenggelam dek arus kemodenan. Inisiatif mengekalkan bangunan-bangunan klasik dan colonial yang mendominasi bandar itu menjadikanmya sebuah daerah yang cukup berbeza dan unik. Keunikan ini lah yang menjadi kebanggaan anak-anak Muar.

Parlimen Muar yang terletak di dalam Daerah Muar terbahagi kepada dua kawasan Dewan Undangan negeri iaitu Maharani dan Sungai Balang yang terletak di bahagian selatan Daerah Muar.

Melalui Rancangan Malaysia ke-10, RMK-10, lebih dari 15 pembangunan teras telah disiapkan dan ada diantaranya yang masih lagi di peringkat pembinaan. Projek-projek ini ternyata memberi manfaat dan banyak kebaikan kepada penduduk di dalam Parlimen Muar. Mengambil contoh, projek penggantian sisitem perparitan bagi tujuan kebersihan dan kelancaran sistem pengairan serta projek tambatan banjir di kawasan Bandar Muar, Pekan Parit Jawa, Parit Yusof dan Parit Bakar telah berjaya mengurangkan masalah penduduk di kawasan itu. Usaha menggantikan jeti konkrit di 15 pengkalan nelayan di seluruh Muar juga telah selesai disiapkan untuk fasa pertama. Manakala sebanyak 6 diantaranya telah memasuki fasa kedua yang menelan belanja sebanyak RM1.2 juta.

Calon Barisan Nasional Parlimen Muar, Dato Razali Ibrahim dalam ucapannya dalam satu majlis di Taman Sarang Buaya Sentosa sekali lagi memaklumkan, satu projek pembangunan yang juga di bawah peruntukan RMK-10 telah diluluskan di situ. Pembinaan sebuah Dewan Komuniti di Sarang Buaya ini bakal memberi banyak faedah kepada penduduk Muar memandangkan tiadanya dewan serbaguna berskala besar sepanjang Jalan Batu Pahat ke Muar. Projek ini dijangka siap pada penghujung tahun ini.

#UNDIBN
~ar


0 comments:

Post a Comment