Thursday 2 May 2013

PESARA KERAJAAN #P146 SOKONG CALON BARISAN NASIONAL MUAR

Hotel Pelangi Muar hari ini sesak dengan himpunan pesara-pesara kerajaan yang hadir ke majlis ramah mesra anjuran Kelab Pesara Kerajaan Malaysia.

Majlis turut dihadiri Dato Razali Ibrahim, calon BN kerusi Parlimen Muar, Tan Sri Aseh Che Mat,  Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) yang juga Presiden Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan dan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Walaupun pesara sudah tamat tempoh perkhidmatan dalam kerajaan, golongan ini tetap diberi perhatian sepenuhnya. Mereka ini memainkan peranan penting dalam komuniti masing-masing dalam kelangsungan program-program pembangunan kerajaan dan menyampaikan maklumat berkaitan peranan dan kejayaan yang terhasil dari kecekapan pemimpin kerajaan sediada memimpin negara selama ini.

Dato Razali berkata, kerajaan sangat prihatin dengan kebajikan rakyat termasuk golongan pesara kerajaan dan pelbagai insentif diberikan kepada golongan itu sebagai menghargai jasa mereka.

“Kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan pesara kerajaan, malah sentiasa peka dengan keperluan mereka termasuk bayaran pencen, bantuan khas, rawatan dan kenaikan pencen setiap tahun."


“Hanya kerajaan BN mampu memberikan kebaikan secara menyeluruh iaitu bukan sahaja nasib golongan pesara terbela, tetapi ahli ke­luarga dan generasi akan da­tang juga akan memperoleh faedah dalam pelbagai bentuk seperti bantuan kewangan dan persekolahan,” katanya.

#UNDIBN
~ar








0 comments:

Post a Comment