Wednesday 1 May 2013

Dato @RazaliIbrahim Berjumpa Pengundi di Sungai Gersik Darat #P146

Di perkarangan Gelanggang Futsal 1Malaysia Sg Gersik Darat, berlangsung satu majlis memperkenalkan calon Barisan Nasional dan majlis ramah mesra bersama penduduk setempat.

Majlis yang mendapat sambutan meriah dari masyarakat setempat itu dihadiri oleh Datuk Razali Ibrahim, calon Barisan Nasional kerusi Parlimen Muar dan Puan Zaiton Ismail, calon ADUN Sungai Balang.

Tuan Haji Ujang, Ketua Cawangan Sungai Gersik Darat dalm ucaptama mengucapkan terima kasih kerana dengan usaha Ahli Parlimen Muar, sebuah gelanggang futsal telah dapat dibina di kawasan kampung mereka. Gelanggang futsal di bawah peruntukan dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia itu memberi satu lagi insentif untuk anak muda belia setempat beriadah dan beraktiviti sihat.

Dato Razali Ibrahim berkata, dengan kredibiliti dan rekod cemerlang kerajaan Barisan Nasional memacu negara, kepercayaan untuk terus membawa negara ke arah yang lebih baik harus diteruskan. Ditambah pula dengan kejayaan pihak Kerajaan BN dalam menunaikan janji dan pelbagai insentif serta kemudahan untuk rakyat yang disediakan berbanding dengan pihak pembangkang yang hanya menabur janji palsu.

#UNDIBN
~ar








0 comments:

Post a Comment