Wednesday 24 April 2013

Dato' @razaliibrahim Diberi Sambutan Baik di PDM Bandar Barat #P146 #betternation


Dato' Razali Ibrahim, calon Barisan Nasional kerusi Parlimen Muar malam tadi meluangkan masa bersama jentera Barisan Nasional PDM Bandar Barat di Kopitiam 333 Jalan Ali Muar. Sambutan dari penduduk bandar kaum Cina pada malam ini juga amat menggalakkan dan menunjukkan sokongan yang baik kepada kepimpinan Barisan Nasional.

Dalam ucapannya, beliau mengulas isu-isu setempat yang telah berjaya diatasi dalam penggal beliau memegang title  Ahli Parlimen Muar. Atas usaha kerajaan Barisan Nasional, hampir separuh sistem perparitan dalam kawasan Bandar telah dapat dibaikpulih dalam peringkat fasa pertama dan fasa kedua akan dijalankan dalam masa terdekat. Ini sedikit sebanyak telah dapat menyelesaikan masalah parit dan longkang tersumbat yang membelenggu penduduk Bandar Muar.

Tambahnya, hanya kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengotakan janji terutamanya dalam aspek pembangunan berbanding pihak Pakatan Rakyat yang hanya pandai menabur janji manis dan janji tidak masuk akal demi meraih undi.

#VOTEBN
~ar











0 comments:

Post a Comment