Friday 26 April 2013

Jentera @Barisanasional #P146 Muar Punya Semangat Juang Sejati - Dato' @RazaliIbrahim

Di Bilik Gerakan PDM Parit Keroma, hari keenam berkempen, menyaksikan majlis ramah mesra calon BN Parlimen Muar bersama pengundi berlangsung dengan suasana meriah dan harmoni. Mengiringi Dato Razali Ibrahim, turut hadir Dato Zulkhairi Ahmad, calon Barisan Nasional ADUN Maharani dan Datuk Mohamad Ismail Mohd Shah Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional Bahagian Muar.

Dato Razali dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Mohamad Ismail Mohd Shah selaku Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional Bahagian Muar kerana banyak membantu menguatkan jentera Barisan Nasional Muar sehingga ke saat ini.


Dengan kekuatan jentera Barisan Nasional yang mempunyai semangat juang sejati, beliau yakin kerusi DUN Maharani akan berjaya dikembalikan kepada Barisan Nasional dan kerusi Parlimen Muar kekal milik BN dalam pilihanraya umum kali ini.

Sebagai manusia biasa, Dato Razali juga memohon maaf jika ada kekurangan sepanjang beliau di tampuk Ahli Parlimen Muar kerana sebagai manusia, beliau juga ada kekurangan. Namun dengan mandat dan kepercayaan yang diberikan selama ini, beliau berjanji akan terus memastikan Muar terus membangun seiring dengan bandar-bandar lain di Negeri Johor.

#UNDIBN
~ar











0 comments:

Post a Comment