Tuesday 23 April 2013

PDM Bukit Mor Akan Pastikan Kemenangan #BN #P146 - @RazaliIbrahim

Bertempat di PDM Bukit Mor, satu program bersama masyarakat setempat telah dianjurkan dengan turut dihadiri oleh Dato' Razali Ibrahim dan calon BN kerusi DUN Sungai Balang, Zaiton Ismail. Terdahulu, majlis dimulai dengan sesi tahlil dan doa selamat yang diketuai oleh Naib Kadhi, Hj. Md Supandi Kadimon. Turut sama, Ketua PDM Bukit Mor, Encik Razak Abdullah dan Penghulu Kawasan, Encik Nasir Diman.

Dengan jumlah hampir 11 ribu pengundi baru di dalam kawasan Muar, langkah Dato' Razali untuk turun padang berjumpa dan beramah mesra dianggap sebagai langkah tepat dalam mempromosi diri sebagai calon BN Ahli Parlimen Muar. Dalam ucapannya juga, Dato' Razali juga memohon maaf jika ada kekurangan sepanjang beliau menyandang kerusi Ahli Parlimen Muar kerana sebagai manusia, beliau juga tidak lepas dari melakukan kesilapan. Namun pembangunan di dalam seluruh kawasan Muar tetap menjadi keutamaannya dan tetap dititikberatkan.

Katanya, pilihanraya bukan sahaja untuk memilih individu sebagai pemimpin, akan tetapi untuk membina kerajaan. Kerajaan sediada adalah kerajaan yang terbaik dan berada di landasan yang betul dalam membangunkan negara menuju Wawasan 2020.

#VOTE4BN

~ar









0 comments:

Post a Comment