Friday 26 April 2013

BELIA MUAR #P146 AMAL BUDAYA SIHAT ISI MASA SENGGANG

Dalam membentuk satu masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, banyak aktiviti sihat yang boleh dilakukan di waktu senggang selain membuang masa di tempat yang tidak sepatutnya. Mengambil contoh kawasan sekitar Tanjung Mas, penulis yang sering beriadah di situ melihat ianya sebagai satu tempat yang sesuai untuk beriadah dan banyak aktiviti sihat cergas yang boleh dilakukan.

Selain laluan jogging , kedapatan juga gelanggang futsal dan gym rakyat yang terletak di dalam kawasan Pusat Kegiatan Rakan Muda yang khusus dibina untuk kemudahan orang muda (belia) beriadah. Kemudahan sukan dan fasiliti-fasiliti yang dibina oleh pihak kerajaan Barisan Nasional ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat cergas.


Salah seorang belia yang penulis temui berkata, beliau sering meluangkan masa bermain skateboard di kala petang. Selain dapat mengeluarkan peluh, aktiviti sukan bersama rakan-rakannya itu juga boleh dijadikan medium untuk lebih mengeratkan lagi hubungan sesama mereka.









0 comments:

Post a Comment