Thursday 25 April 2013

Dato Razali Ibrahim Turun Pasar Lambak Parit Yusof Jumpa Peniaga dan Pengunjung

Seawal 9.30 pagi, calon BN Kerusi Parlimen Muar telah mengadakan sesi walkabout di Pasar Lambak Parit Yusof bagi berjumpa peniaga dan pengunjung di kawasan itu.
Dalam sesi pagi itu, Dato Razali Ibrahim turut diiringi calon ADUN Sungai Balang, Puan Zaiton Ismail dan jentera kempen PRU13 BN Muar. Selain berjalan berjumpa peniaga dan pengunjung, beliau juga turut meninjau dan beramah mesra penduduk sekitar kawasan pasar.
Menurut Dato Razali,dari segi pembangunan di Parit Yusof yang terletak dalam DUN Sungai Balang, pihak kerajaan giat menaiktaraf kemudahan asas, sistem perparitan dan pembangunan di kawasan Sungai Balang ini.  Tambahnya lagi, di kawasan Sungai Balang ini juga, terdapatnya kawasan sawah yang luas meliputi 64% hasil pengeluaran padi Johor.
Beliau juga memuji ramai golongan muda yang tampil untuk bersama-sama berganding untuk menguatkan lagi jentera pilihanraya umum pada kali ini berbanding penggal lepas. Ini disebabkan telah timbul kesedaran di kalangan orang muda bahawa tugas mereka bukan setakat mengundi tetapi memastikan kemenangan besar buat Barisan Nasional.

#VOTEBN
~ar

0 comments:

Post a Comment