Dalam satu majlis sembang-sembang bersama komuniti India anjuran MIC Bahagian Muar, calon BN Kerusi Parlimen Muar, Dato' Razali Ibrahim melahirkan rasa keyakinannya akan kesetiaannya pengundi dari masyarakat India kepada Barisan Nasional.
Menurutnya, masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan sama-sama mengambil bahagian dalam menyumbang ke arah pembentukan sebuah majmuk di negara ini.Layanan dalam semua aspek seperti kemudahan dan kesaksamaan dalam pendidikan dan peluang pekerjaan, memiliki hartanah dan rumah, peluang mengundi dan kebebasan beragama telah disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan penduduk kaum India.
Majlis yang diadakan di Maktab Adabi Muar itu menghimpunkan golongan pelbagai lapisan umur masyarakat India dalam Parlimen Muar. Turut hadir,Tan Sri Dato' G. Pasamanickam, Ketua MIC Bahagian Muar.
Kerajaan tidak sesekali meminggirkan pembangunan untuk kaum India dan Dato' Razali mengambil contoh langkah baik Kerajaan yang telah menaiktaraf kawasan Brickfield menjadi Little India hinggakan kawasan itu kini menjadi kebanggaan masyarakat India di Malaysia.
#UNDIBN
~ar
TIDAK PERLU 'CLAIM CREDIT', IRAN ANGGAP MALAYSIA RAKAN ATAS SOKONGAN
PULUHAN TAHUN
-
1. PM10 tidak perlulah terlalu beriya 'claim credit' berhubung perlepasan
kapal tangki minyak Malaysia melepasi Selat Hormuz kerana hubungan baik
Ira...
1 week ago













0 comments:
Post a Comment