Sunday 28 April 2013

Dato @RazaliIbrahim Jumpa Peniaga & Pengunjung Pasar Lambak Pekan Semerah #P146

Dato Razali Ibrahim, calon BN Kerusi Parlimen Muar pagi ini meluangkan masa untuk turun padang berjumpa dan beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung Pasar Lambak Pekan Semerah. Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk Dato Razali betemu empat mata untuk bertanyakan masalah semasa dan berborak santai dengan peniaga dan pengunjung.

Peniaga dan pengunjung yang ditemui berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Dato Razali selama beliau menjadi Ahli Parlimen Muar sejak 2004. Walaupun adakalanya Dato Razali Ibrahim agak sibuk dengan tugasan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan di Putrajaya, aspek pembangunan fizikal, sosial dan kebajikan penduduk Muar sentiasa menjadi keutamaan beliau. Melihat sokongan yang baik dari pengundi dalam Parlimen Muar, keyakinan untuk melihat kerusi Parlimen Muar terus diduduki Barisan Nasional kelihatan cerah.


#UNDIBN
~ar





0 comments:

Post a Comment