Tuesday 30 April 2013

Anggota Keselamatan Muar Undi Awal di Dewan Perumahan PDRM Kg. Kuantan #P146

Pengundian awal dilaksanakan buat pertama kalinya pada pilihan raya kali ini, dengan pindaan kepada Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, iaitu kategori orang yang boleh mengundi awal. Bertempat di Dewan Taman Perumahan PDRM Kg. Kuantan, Muar, sejumlah anggotan keselamatan mula mengundi seawal 8.00 pagi.

Perjalanan proses berjalan lancar dengan proses pengundian pengundian awal dijalankan mengikut prosedur yang sama seperti pengundian biasa. Proses pengundian dijalan oleh petugas SPR dengan pemerhatian dari ejen-ejen calon yang bertanding.

Calon Barisan Nasional kerusi Parlimen Muar, Dato Razali Ibrahim turut meluangkan masa melihat proses pengundian awal yang dijalankan di sini. Menurutnya, proses pengundian awal yang turut dipantau oleh ejen-ejen calon yang bertanding dan pemerhati tempatan yang dilantik SPR menunjukkan proses pengundian berjalan secara adil dan telus.

Menurut petugas SPR yang ditemui, beliau menerangkan kertas undi yang telah dipangkah pada hari ini akan disimpan dan hanya akan dibuka untuk pengiraan undi pada pukul 4.00 petang hari pengundian biasa (5 Mei 2013)

~ar







Panas!!! Ahli PKR Muar Mengamuk Bila Calon PKR Tak Jejak Kaki Ke Pejabat PKR Muar #P146 @razaliibrahim @HizwanAhmad

Biar gambar jer yang berbicara...

Terkejut jugak bila KN baca entri artikel daripada blog Harapan Esok (http://harapan-esok.blogspot.com/2013/04/panas-dari-info-dalaman-pejabat-pkr.html) pasal rungutan serta aduan sebahagian besar ahli PKR Muar kerana calon PKR bagi Parlimen Muar, Hizwan Ahmad kononnya berlagak dan bongkak langsung tidak pernah sekalipun menjejakkan kakinya ke Pejabat PKR Muar.

Hari ni dah sudah masuk 10 hari tempoh berkempen dan cuma tinggal 4 hari jer lagi tempoh untuk berkempen namun si Hizwan nie terlalu sibuk berkempen dan berjumpa pengundi macam gambar kat atas tu. Gambar kedua kat atas tu jelas menunjukkan calon PKR nie lebih banyak membuang masa dengan duduk lepak minum. Minum... Minum... Kempen tarak...

Kalo dengan penduduk kampung konon-konon lepak minum kat warung jer. Tapi hakikatnya dia lebih suka lepak cafe yang lebih kelas. Si Hizwan ni dah la calon parlimen Muar daripada parti PKR, pejabat sendiri pun malas nak jejak. Itu belum kita tanya kat parti pakatan lain macam Pas atau DAP kawasan Muar ni si Hizwan ada datang melawat atau tidak.

Kalo pejabat parti sendiri pun tak pernah jejak kaki sampai pejabat tu lebih banyak tutup daripada bukak, KN rasa pejabat parti Pakatan lain silap-silap kat mana pun dia tak tau. Macam ni ciri-ciri wakil rakyat penduduk Muar nak pilih.

Kalo masa tempoh berkempen pun si Hizwan ni payah nak turun padang melawat pejabat parti sendiri, paling tak pejabat tu dijadikan bilik gerakan jer daripada dijadikan premis kosong sekadar meletak papan tanda pejabat parti. Apatah lagi bila dia dah menang nanti, dah jadi Ahli Parlimen Muar alamat pakat Muar ni dia tinggal macam tu saja ler.

Masa tu pengundi Muar yang dok mengundi dia rasa menyesal menangis airmata darah sekali pun dah tak guna. Jadi, masih belum terlambat untuk pengundi Muar membuat penilaian yang bijak siapakah bakal calon dan Wakil Rakyat Parlimen Muar.

p/s : pesanan KN buat pengundi Muar seperti pesanan orang-orang tua kita "sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PROGRAM BERSAMA RAKYAT DAN CERAMAH ISU SEMASA

29/04/2013 Muar - Satu program bersama rakyat telah diadakan di Mann Cetering. Dato Razali Ibrahim sempat berkunjung dan beramah mesra bersama penduduk setempat. Turut memeriahkan program dengan kehadiran Amy Search, Emma Fatimah , Maya dan Shaida AF.

Majlis bermula dengan ucapan daripada Dato Razali Ibrahim Calon Parlimen Muar. Dan seterusnya ucapan daripada Amy search yang pertama kalinya memberi ucapan kepada penduduk Muar. Emma Fatimah juga tidak kurang hebatnya dengan mempamerkan semangat patriotik jati diri yang sangat tinggi.

Acara ramah mesra bersama artis selepas acara tamat sememangnya meriah dan ini adalah peluang yang begitu berharga buat warga Muar.

: penunggu changkat

TERBAIK!!! @AkuAmySearch Sokong Kempen BN @RazaliIbrahim #P146 @datoacmizal @azharbsulaiman @afdlinshauki @abby_abadi112

Pergh!terbaiklah Amy search kerana sanggup datang untuk sokong kempen Dato Razali Ibrahim Calon BN di Muar P146!!!

Sokongan otai rockers tanah air ini membuktikan bahawa ramai lagi artis bersama Barisan Nasional untuk memperjuangkan industri seni tanah air...

Macam ni pun masih ada artis kata BN sekat perjuangan artis ka?tu namanya tohmahan sesat tanpa usul periksa...

Baru saja masuk Parti Pembangkang terus kata perjuangannya dalam industri tanah air disekat..abis tu dah namanya artis bengong!mana laku!penerbit filem pun takut nak panggil...

Bukan apa!habis semua benda nak disalahkan UMNO Barisan Nasional...dedikasi ini khas buat artis seperti Aishah Abby dan Dayangku Intan yang kian merapu!!!

3 orang artis perempuan ni kenapa Abby tak bertanding?rasanya pun korang tahu yang dia lebih merapu dari yang lain!maklumlah dah pegang title janda...haha!

HE : ayuh sokong BN!industri seni negara lebih terjamin!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 29 April 2013

PROGRAM RAMAH MESRA DI SJKC CHI SIN PARIT BAKAR MUAR

29/04/2013 Muar - Hari ini Dato Razali Ibrahim sempat turun padang beramah mesra bersama penduduk Muar di SJKC Chi Sin Parit Bakar Muar sempena Majlis Penyerahan surat Pelantikan AJK KRT Taman Parit Balar. Turun bersama Calon Dun Barisan Nasional Datuk Zulkhairi Ahmad.

Sambutan penyokong daripada pelbagai kaum terhadap pemerintahan Barisan Nasional sangat mengejutkan penulis. Majlis bermula sekitar jam 8.45malam digegarkan dengan tepukkan sorak penyokong dan tetamu yang hadir.

Satu acara penyampaian Kad pengenalan kepada seorang penduduk muar telah diadakan sebagai Tanda Barisan Nasional serius dalam menyelesaikan kes kes pemohonan kad pengenalan bagi permohon yang baharu menjadi warga negara malaysia.

Dato Razali Ibrahim semasa berucap telah memetik isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang mengenai isu kolam renang tinggal.

Semoga segala usaha yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional sentiasa dihargai oleh penduduk Muar yang sentiasa berdiri teguh bersama Ahli Parlimen Muar, Dato Razali Ibrahim.

: penunggu Changkat

Walkabout Dato @RazaliIbrahim Sekitar Pekan Bukit Mor

Pekan Bukit Mor meriah petang tadi dengan kehadiran calon Barisan Nasional kerusi Parlimen Muar, Dato Razali Ibrahim yang turun padang meninjau dan beramah mesra dengan penduduk sekitar Pekan Bukit Mor.

Turut sama hadir, atlet squash Malaysia, Azlan Iskandar yang datang sejurus selesai program mesra belia di Kampung Sarang Buaya Darat.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya penduduk sekitar untuk menyatakan sokongan penuh kepada Dato Razali untuk kekal di kerusi Parlimen Muar dengan menang besar pada pilihanraya umum kali ini. Peniaga di pekan itu rata-rata berpuashati dengan khidmat yang diberikan oleh Dato’ Razali selama ini. Kemesraan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Muar itu terutamanya kepada warga emas amat terserlah sesuai dengan gelaran pemimpin berjiwa rakyat.










SEMBANG SANTAI BERSAMA BELIA

28/04/2013 Parit Samsu Muar - Hari ini Calon Parlimen Muar P146 Dato Razali Ibrahim meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk Parit Samsu. Di serikan lagi majlis dengan kunjungan Konvoi motosikal berkuasa tinggi Versatile Cubprix  dan juga para artis jemputan mengamatkan lagi suasana. Para artis yang hadir Linda Onn, Maya dan Fazley Zainal mendapat tumpuan penduduk setempat.

Acara berlangsung dengan suasana yang sangat ceria dan pelbagai aktiviti bersama belia diadakan sepanjang majlis berlangsung.

Dato razali juga sempat melangsungkan acara lepasan konvoi ke destinasi berikutnya untuk aktiviti amal bersama penduduk sekitar Muar.

: Penunggu Changkat















Sunday 28 April 2013

Dato @RazaliIbrahim Jumpa Peniaga & Pengunjung Pasar Lambak Pekan Semerah #P146

Dato Razali Ibrahim, calon BN Kerusi Parlimen Muar pagi ini meluangkan masa untuk turun padang berjumpa dan beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung Pasar Lambak Pekan Semerah. Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk Dato Razali betemu empat mata untuk bertanyakan masalah semasa dan berborak santai dengan peniaga dan pengunjung.

Peniaga dan pengunjung yang ditemui berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Dato Razali selama beliau menjadi Ahli Parlimen Muar sejak 2004. Walaupun adakalanya Dato Razali Ibrahim agak sibuk dengan tugasan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan di Putrajaya, aspek pembangunan fizikal, sosial dan kebajikan penduduk Muar sentiasa menjadi keutamaan beliau. Melihat sokongan yang baik dari pengundi dalam Parlimen Muar, keyakinan untuk melihat kerusi Parlimen Muar terus diduduki Barisan Nasional kelihatan cerah.

#UNDIBN
~ar